~infO~

  • Pelik tetapi benar! Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama dua tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

  • Menurut sejarah, hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

  • Tahukah kamu, buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidaknya kerana organ itu melekat pada lelangit.

  • Mungkin ramai yang tidak tahu, tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucap 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

  • Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

  • Menurut sejarah, Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke-5 Sebelum Masihi meninggal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

  • Terowong semula jadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India, merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.



Thanks for Reading..:)

0 comments:

Post a Comment

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected