~8 cara meluahkan isi hati~



Assalamualaikum...
hye sume...MyEm0.Com
pernah x korang suka kat seseorang tapi takut nak luahkan..
bukan ape takut bahasa yang digunakan nanti tidak kena gaya atau mengguriskan hati..
meh eira nak share cara untuk meluahkan isi hati ngn korang sume...
jangan takut untuk menerima kenyataan....
luahkan sahaja isi hatimu kepada si dia ok!!


PERTAMA
- Beristighfar dan berselawat ke atas Nabi agar dijauhkan daripada hasutan syaitan.

KEDUA
- Terlebih dahulu hendaklah meminta maaf jika ia melibatkan orang lain. Dan nyatakan, ini adalah luahan isi hati kamu.

KETIGA
- Boleh juga disampaikan dalam cara yang bersahaja, seolah-olah ia tidak serius. Tetapi bagi orang yang tidak mudah menangkap maksud, hendaklah disampaikan dalam bahasa yang lembut dan berterus terang (tidak berkias).

KEEMPAT
- Elok juga jika ada orang lain sebagai saksi, sekurang-kurangnya tidak timbul cerita lain di belakang kamu kelak. Tetapi pastikan, orang itu betul-betul boleh dipercayai. Bukannya si pembawa mulut.

KELIMA
- Persekitaran yang sesuai (bukan di khalayak ramai).

KEENAM
- Sentiasa mengawal emosi.

KETUJUH
- Ingat, perkara itu hanya berakhir setakat itu, jangan pula kamu hebah-hebahkan kepada orang lain.

KELAPAN
- Tidak dinafikan selepas berterus-terang, orang itu akan menjauhkan diri daripada kamu. Jangan biarkan perkara itu berlarutan kerana akan berlaku permusuhan pula. Jadi, andalah yang harus memainkan peranan kerana mungkin dia akan berasa malu dan rendah diri. Apabila bertemu, hendaklah sentiasa menegur atau memberi salam.
Thanks for Reading..:)

0 comments:

Post a Comment

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected