~tips memanjangkan hayat bateri laptop~



1).Jangan lupa untuk charge dahulu bateri baru anda sebelum menggunakannya. Ada sesetengah daripada kita yang akan terus menggunakan laptop kita yang baru dibeli tanpa mengecas terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop anda terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop anda mencapai tahap maksimum charge.
2). Skiranya anda mengecas bateri laptop, ketika laptop sedang berfungsi, cabut cable charger anda sebaik sahaja bateri anda telah penuh 100% agar bateri anda lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
3). Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat bersuhu bilik.
4). Jangan biarkan bateri anda di dalam kereta diwaktu panas. Bateri yang panas akan ‘discharge’ dengan sangat cepat, dan bateri yang berada pada suhu dingin (takat beku), tidak dapat menjana banyak kuasa.
5). Sekiranya anda menggunakan sumber kuasa dari luar tanggalkan bateri laptop anda.
6). Tambahkan Ram laptop anda agar penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.
7). Lakukan penyelenggaraan (defraging) pada hardisk anda agar penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop anda dapat dikurangkan. Gunakan software yang banyak terdapat dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop anda.
8). Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.
9). Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) laptop anda sekurang-kurangnya sekali sebulan agar bateri tahan lama.
10). Gunakan software ReviverSoft Battery Optimizer untuk mengoptimumkan penggunaan bateri laptop anda.
Boleh dapatkan software di ReviverSoft.com
Menjimat kan bateri dengan sleep mode:
Mod Stand By
Gunakan mod Stand By untuk menjimatkan kuasa ketika anda meninggalkan laptop untuk masa yang singkat- sewaktu monitor dan hard disk mematikan, semua aplikasi dan fail yang dibuka akan  disimpan di dalam RAM. Ketika ingin menggunakan laptop semula, keluar dari mod Stand By, dan desktop akan berfungsi seperti waktu meninggalkannya.
Mod Hibernate
Gunakan mod Hibernate untuk menjimatkan kuasa ketika meninggalkan laptop untuk jangka masa yang panjang – sewaktu laptop dimatikan pastikan anda menyimpan segala fail  pada hard disk anda. Apabila anda me-restart laptop, laptop anda akan kembali berfungsi seperti waktu anda meninggalkannya.


[sumber]

Thanks for Reading..:)

~lawak~

Lawak 1


YOUTUBE : Aku ada semua benda yang orang nak tengok.
GOOGLE : Aku ada semua benda yang orang nak cari.
FACEBOOK : Aku boleh buat orang kenal sesama sendiri.
SKYPE : Aku boleh bagi orang call di seluruh dunia.
INTERNET : Tanpa aku, korang semua tak ada tahu.
ELEKTRIK : Kau pun sama INTERNET, tak ada aku, kau macam boleh hidup!
PEKERJA ELEKTRIK : korang boleh diam, tak? Nanti aku tak betulkan tiang elektrik ni, semua hilang.

Lawak 2


Cikgu : Arip, kenapa kamu datang lewat hari ini?
Arip : Hujan lebat cikgu.
Cikgu : Semalam, kenapa awak tak hadir?
Arip : Hujan, cikgu.
Cikgu : Aikk..hujan juga. Abis, kalau tiap-tiap hari hujan?
Arip : Banjir, cikgu....
Cikgu :@#%@#%@#%@%#


Lawak 3


Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti, Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata,'Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!! Jalan dulu tok....'

Lawak 4


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya. "Kenapa ni nenek? Pening ya," tanya pemuda tersebut. "Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek. "Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar." Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum, "Boleh nek, tapi kenapa?" Si nenek menjawab," Biar muntahnya lebih cepat."....

Lawak 5


Boy : I love u!
Girl : Shut up!
Boy : I need u!
Girl : Shut up!
Boy : I miss u!
Girl : Shut up!
Boy : I want to marry u!
Girl : Really?
Boy : Shut up!!!!

Lawak 6


Boy : You are, ABCDEFGHIJK.
Girl : What does it mean?
Boy : Attractive, Brilliant, Cute, Darling, Elegant, Funny, Gorgeous, Hot.
Girl : Aww, sweet. What does IJK mean?

Boy : I'm just kidding, haha :p 
Girl : LMN.
Boy : What???
Girl : Lempang Muka Nak?
Boy : =.="


Thanks for Reading..:)

~mutiara kata~


"Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya sebab
rupa paras yang elok dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat 
memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu 
tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari
yang gelap menjadi cerah."


Thanks for Reading..:)

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected