~asal usul solat 5 waktu~

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang 2 rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:-
Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:-
Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:-
Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan ke*****an kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:-
Dukacita terhadap isteri seorang alim yang mendoakannya sesat.

Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:-
Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat:-
Dukacita terhadap anak Firaun.



Thanks for Reading..:)

~13 rahsia solat~

13 senarai di bawah dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!” 

1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2. Berdiri tegak fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

 
3. Takbiratul Ihram fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

 
4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

 
5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.

 
6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.

 
7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.

 
8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

 
9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

 
10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.

 
11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

 
12. Salam memelihara kita di dalam kubur.


13. Tertib fadhilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.



[sumber]


Thanks for Reading..:)

~kita bukannya baik sangat...~



KITA BUKANNYA BAIK SANGAT UNTUK CAKAP KITA BAIK...

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.


[sumber]


Thanks for Reading..:)

~hikmah terjaga di tengah malam~


kalau kita terjaga di tengah malam, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t mengutuskan malaikatNya untuk mengejutkan kita supaya bangun beribadah kepada Allah.

 Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah. Dan untuk lebih baik lagi, buatlah solat tahajud atau solat-solat yang lain, buatlah dalam 2 rakaat sudah memadai, moga Allah merahmati kita semua.


Thanks for Reading..:)

~doa akhir tahun & awal tahun~

Assalamualaikum..^_^

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 


Thanks for Reading..:)

~malas bersenam, makanlah coklat hitam~

Assalamualaikum..^_^


Penyelidik di Amerika telah mendapati bahawa memakan sedikit sahaja coklat hitam atau gelap boleh memberikan manfaat kesihatan yang sama dengan manfaat yang mampu diberikan daripada aktivit berolahraga. Didapati bahawa apabila coklat ini digabungkan dengan aktiviti berolahraga, kesannya meningkat sehingga 50 peratus. ^^



Thanks for Reading..:)

~makan epal jangan lebih 4 biji sehari

Assalamualaikum..^_^
Menurut kajian, individu yang memakan epal sehingga empat biji sehari berisiko empat kali ganda untuk mengalami kerosakan gigi jika dibandingkan dengan minum air berkarbonat. Para penyelidik juga mendapati beberapa jenis epal yang mengandungi empat sudu teh gula. Individu yang makan epal 3.7 kali ganda lebih berisiko untuk mengalami kerosakan dentin iaitu struktur utama gigi sedangkan mereka yang minum minuman berkarbonat tidak memiliki risiko tambahan seperti itu.
Oleh sebab itu, disarankan untuk makan epal dengan susu ataupun menikmati sepotong keju. Ini kerana kalsium baik untuk meneutralkan asid. Selain itu, amalkan minum air dengan segera setelah makan epal untuk membersihkan kesan berbahaya.


Thanks for Reading..:)

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected