~mahu bangkitkan mood dengan mudah~



Keluar seawal pagi dan biarkan percikan cahaya matahari menyimbah tubuhmu. Ini kerana cahaya matahari bukan sahaja mengandungi sumber vitamin D secara semulajadi sebaliknya turut membantu membangkitkan mood anda dengan mudah. Menurut American Psychological Association, berjemurlah sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari untuk dapatkan manfaat ini.


Thanks for Reading..:)

~sleeping beauty~




Assalamualaikum...
hye sume...
malam nie Cik eiRa nak share satu entri berkaitan dengan 'TIDUR'..
sudah pastikan kalau tidak dapat tidur dengan lena pada malam ni sudah tentu pada keesokan harinya mengalami kesukaran untuk bangunkan kawan-kawan..?
Cik eiRa nak share kt sume tips untuk mendapatkan tidur yang lena..

  • Mandi Air Panas Dengan Usapan Sabun Aromaterapi 
Haruman aromaterapi yang terbaik ialah lavendar, vanila dan sitrus. Ketiga-tiga wangian ini dapat memberikan kesan menenang dan menghangatkan tubuh. Tabiat mandi dengan air panas dengan aroma betul juga dapat meningkatkan suhu tubuh. Dengan ini, tidur akan menjadi lebih lena dan tenang.
  • Pilih Permaidani Yang betul
Fabrik terbaik untuk permaidani di bilik haruslah diperbuat daripada bahan yang lembut dan boleh menghangatkan kaki ketika melangkah masuk ke dalam bilik. Amalan memastikan kaki hangat dapat mengurangkan kemungkinan terbangun berkali-kali pada waktu malam.
  • Bantal Harus Lembut Dan Dapat Menyokong Kepala Dan Leher Dengan Baik
Untuk mengelakkan daripada masalah alahan, cubalah memilih bantal yang dihasilkan daripada bahan 'hypoallergenic' ataupun yang dihasilkan daripada teknologi nano. Untuk pemilihan warna sarung bantal dan cadar pula, pilihlah daripada kumpulan warna-warna redup yang mampu menenangkan mata.
  • Pencahayaan Lampu Tidur Harus Betul
Biasakan untuk menutup lampu beberapa saat sebelum tidur. Usah tidur dalam bilik yang terang. Perbuatan menutup lampu dapat meningkatkan kadar 'melatonin' di dalam otak. Secara tidak langsung akan memudahkan untuk tidur.
  • Minum Teh Atau Susu Panas Dalam Cawan Seramik
Ia mampu membuatkan tubuh merasa lebih santai.
  • Jangan Pakai Baju Tidur Yang Terlalu Ketat
Untuk tidur, pilihlah pajama, 'lingerie' atau t-shirt bersaiz besar yang dipadankan dengan 'boxer' yang selesa dipakai. Untuk memilih baju tidur, pilihlah fabrik yang mampu menyerap peluh dan sesuai dengan kulit misalnya kain kapas.
  • Wangikan Bilik Tidur Anda
Boleh menggunakan wangian dalam bentuk sembur, lilin, 'potpouri' dan sebagainya. Paling tidak pun, boleh menyapu losyen atau minyak esen yang mempunyai haruman yang sama pada tubuh.

Sekian sampai di sini..
Harap sume dapat tidur dengan lena..^_^


Thanks for Reading..:)

~awet muda dengan air~


Selain mengambil air putih lapan gelas setiap hari, ada cara mudah untuk anda tetap awet muda. Menurut Helen Sher, seorang pakar kulit dari England yang diterbitkan di dalam majalah Natural Health, dengan membasuh muka dengan air suam 20 hingga 30 kali setiap pagi setelah bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur, kulit akan lebih bersih berseri dan awet muda. Pelembap kulit semulajadi ialah air, selain minum, basuhlah muka dengan air seberapa kerap yang boleh.



Thanks for Reading..:)

~makan nasi boleh tangani rasa marah~




Siapa sangka, dengan hanya memakan nasi, ianya mampu mengubah mood seseorang. Kandungan karbohidrat di dalamnya membantu membangkitkan perasaan 'senang' seseorang. Menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Archives of International Medicine membuktikan bahawa manusia yang menjalani diet rendah karbo selama setahun mendorong seseorang itu mengalami masalah kemurungan, kegelisahan dan mudah merasa marah. 


Thanks for Reading..:)

~Khasiat epal menakjubkan!~



Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Cornell University, sebiji epal sebenarnya hanya mengandungi jumlah vitamin C yang sedikit. Bagaimanapun, menikmati 100 gram epal setiap hari memberikan kita jumlah antioksidan yang sama nilainya dengan mengambil 1500 mg suplemen vitamin C.


Thanks for Reading..:)

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected