~tips memanjangkan hayat bateri laptop~



1).Jangan lupa untuk charge dahulu bateri baru anda sebelum menggunakannya. Ada sesetengah daripada kita yang akan terus menggunakan laptop kita yang baru dibeli tanpa mengecas terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop anda terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop anda mencapai tahap maksimum charge.
2). Skiranya anda mengecas bateri laptop, ketika laptop sedang berfungsi, cabut cable charger anda sebaik sahaja bateri anda telah penuh 100% agar bateri anda lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
3). Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat bersuhu bilik.
4). Jangan biarkan bateri anda di dalam kereta diwaktu panas. Bateri yang panas akan ‘discharge’ dengan sangat cepat, dan bateri yang berada pada suhu dingin (takat beku), tidak dapat menjana banyak kuasa.
5). Sekiranya anda menggunakan sumber kuasa dari luar tanggalkan bateri laptop anda.
6). Tambahkan Ram laptop anda agar penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.
7). Lakukan penyelenggaraan (defraging) pada hardisk anda agar penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop anda dapat dikurangkan. Gunakan software yang banyak terdapat dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop anda.
8). Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.
9). Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) laptop anda sekurang-kurangnya sekali sebulan agar bateri tahan lama.
10). Gunakan software ReviverSoft Battery Optimizer untuk mengoptimumkan penggunaan bateri laptop anda.
Boleh dapatkan software di ReviverSoft.com
Menjimat kan bateri dengan sleep mode:
Mod Stand By
Gunakan mod Stand By untuk menjimatkan kuasa ketika anda meninggalkan laptop untuk masa yang singkat- sewaktu monitor dan hard disk mematikan, semua aplikasi dan fail yang dibuka akan  disimpan di dalam RAM. Ketika ingin menggunakan laptop semula, keluar dari mod Stand By, dan desktop akan berfungsi seperti waktu meninggalkannya.
Mod Hibernate
Gunakan mod Hibernate untuk menjimatkan kuasa ketika meninggalkan laptop untuk jangka masa yang panjang – sewaktu laptop dimatikan pastikan anda menyimpan segala fail  pada hard disk anda. Apabila anda me-restart laptop, laptop anda akan kembali berfungsi seperti waktu anda meninggalkannya.


[sumber]

Thanks for Reading..:)

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected