~30 cara tambat hati lelaki~


Assalamualaikum....
hye kawan-kawan....
eira nak share ngan sume cara-cara untuk tambat hati laki...
cewah...jOm usha tengok..

  1. Sentiasa bersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan kamu!
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh badan yang kamu ketahui seperti mata dan tangan.MySpace
  11. Jaga cara pemakaian kamu, mesti memenuhi cita rasa lelaki yang kamu minati. Tetapi, janganlah sampai mendedahkan aurat dan melanggar apa yang telah digariskan dalam ajaran agama Islam.MySpace
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'pelan' pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang mahu berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati, tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah diperdaya.MySpace
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan daripada orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang sering membangkang pendapat mereka.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Agresif!
  29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.MySpace

okeyh, sampai di sini...




Thanks for Reading..:)

0 comments:

Post a Comment

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected