~ciNta~

  • Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tidak ada kemanisan atau kemesraannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

  • Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi terperangkap ke dalamnya.

  • Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.

  • Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah." Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

  • Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yang tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

  • Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

  • Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

  • Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.


Thanks for Reading..:)

1 comments:

Anip@Wire said... [Reply]

akak penah bercinta ker?????

Post a Comment

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected