~sOlat akhir waktu!!~

~Assalamualaikum..^^



Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa amalan kita direct terus pada-Nya
Tapi Jika solat ada posmen pula untuk hantar amalan kita pada-Nya
Kisahnya ?..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang menghantar amalan sembahyang kita pada Allah
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Malaikat juga yang menjaga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya " FREE "
Sekatan tol tiada
Tiada " JEM "
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah??
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi…penjaga langit pertama
Tidak peduli langsung
Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderailah amalan kita..
Dikutip semula oleh malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-2
Dilangit ke-2,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi malaikat kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ke-3,
Laaa??. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai lagi amalan kita
Tak ada nilai?.
Dikutip dan dirayu lagi

Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak solat
Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Ujian bertimpa-timpa
Ishh?.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak ada nilai
Kena azab lagi nanti

Oleh itu..jom kita semua amalkan solat awal waktu..
Jangan ditangguh-tangguhkan..
Kata nak jadi Muslimah Solehah, Mukmin Sejati
So,kita solat awal waktu
Jangan kata 1 saat lg, 5 mnt lg pas 2 satu jam..
Last-last sekali solat akhir waktu..
Kan RUGI…
Amalan kita tidak diterima..

Harap kita semua amalkan solat di awal waktu...
insya Allah...:)

Thanks for Reading..:)

~mahu bangkitkan mood dengan mudah~



Keluar seawal pagi dan biarkan percikan cahaya matahari menyimbah tubuhmu. Ini kerana cahaya matahari bukan sahaja mengandungi sumber vitamin D secara semulajadi sebaliknya turut membantu membangkitkan mood anda dengan mudah. Menurut American Psychological Association, berjemurlah sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari untuk dapatkan manfaat ini.


Thanks for Reading..:)

~sleeping beauty~




Assalamualaikum...
hye sume...
malam nie Cik eiRa nak share satu entri berkaitan dengan 'TIDUR'..
sudah pastikan kalau tidak dapat tidur dengan lena pada malam ni sudah tentu pada keesokan harinya mengalami kesukaran untuk bangunkan kawan-kawan..?
Cik eiRa nak share kt sume tips untuk mendapatkan tidur yang lena..

  • Mandi Air Panas Dengan Usapan Sabun Aromaterapi 
Haruman aromaterapi yang terbaik ialah lavendar, vanila dan sitrus. Ketiga-tiga wangian ini dapat memberikan kesan menenang dan menghangatkan tubuh. Tabiat mandi dengan air panas dengan aroma betul juga dapat meningkatkan suhu tubuh. Dengan ini, tidur akan menjadi lebih lena dan tenang.
  • Pilih Permaidani Yang betul
Fabrik terbaik untuk permaidani di bilik haruslah diperbuat daripada bahan yang lembut dan boleh menghangatkan kaki ketika melangkah masuk ke dalam bilik. Amalan memastikan kaki hangat dapat mengurangkan kemungkinan terbangun berkali-kali pada waktu malam.
  • Bantal Harus Lembut Dan Dapat Menyokong Kepala Dan Leher Dengan Baik
Untuk mengelakkan daripada masalah alahan, cubalah memilih bantal yang dihasilkan daripada bahan 'hypoallergenic' ataupun yang dihasilkan daripada teknologi nano. Untuk pemilihan warna sarung bantal dan cadar pula, pilihlah daripada kumpulan warna-warna redup yang mampu menenangkan mata.
  • Pencahayaan Lampu Tidur Harus Betul
Biasakan untuk menutup lampu beberapa saat sebelum tidur. Usah tidur dalam bilik yang terang. Perbuatan menutup lampu dapat meningkatkan kadar 'melatonin' di dalam otak. Secara tidak langsung akan memudahkan untuk tidur.
  • Minum Teh Atau Susu Panas Dalam Cawan Seramik
Ia mampu membuatkan tubuh merasa lebih santai.
  • Jangan Pakai Baju Tidur Yang Terlalu Ketat
Untuk tidur, pilihlah pajama, 'lingerie' atau t-shirt bersaiz besar yang dipadankan dengan 'boxer' yang selesa dipakai. Untuk memilih baju tidur, pilihlah fabrik yang mampu menyerap peluh dan sesuai dengan kulit misalnya kain kapas.
  • Wangikan Bilik Tidur Anda
Boleh menggunakan wangian dalam bentuk sembur, lilin, 'potpouri' dan sebagainya. Paling tidak pun, boleh menyapu losyen atau minyak esen yang mempunyai haruman yang sama pada tubuh.

Sekian sampai di sini..
Harap sume dapat tidur dengan lena..^_^


Thanks for Reading..:)

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected