~ciNta~

  • Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tidak ada kemanisan atau kemesraannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

  • Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi terperangkap ke dalamnya.

  • Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.

  • Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah." Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

  • Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yang tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

  • Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

  • Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

  • Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.


Thanks for Reading..:)

~infO~

  • Pelik tetapi benar! Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama dua tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

  • Menurut sejarah, hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

  • Tahukah kamu, buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidaknya kerana organ itu melekat pada lelangit.

  • Mungkin ramai yang tidak tahu, tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucap 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

  • Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

  • Menurut sejarah, Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke-5 Sebelum Masihi meninggal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

  • Terowong semula jadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India, merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.



Thanks for Reading..:)

~lelaki mencari sahabat perempuan yang.....~

jeng...jeng...jeng...hehehe...macam best je kan tajuk kat atas tue...tapi sebelum tu...
...Assalamualaikum...hye sume...MyEm0.Com

eira nak share ngan korang sume lelaki nie sebenarnye nak cari sahabat perempuan yang macam mane ek...jOm kta usha...

*Bersikap terbuka dan tidak terlalu emosional.

*Memiliki sedikit perwatakan seperti seorang lelaki kerana bagi lelaki, mereka akan lebih selesa apabila berdampingan dengan sahabat seperti itu.

*Pihak perempuan perlulah lebih jujur khususnya daripada segi perwatakan dan perlakuannya.

*Si lelaki juga mengharapkan seorang sahabat yang memahami serta memiliki minat yang sama.

*Sikap jujur perlu ada dalam diri masing-masing.

*Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing perlu berpegang teguh dengan prinsip persahabatan.

*Lelaki juga tidak gemar dengan gosip yang tidak berfaedah.

*Tenang dan bersahaja adalah antara sifat yang dicari-cari oleh seorang lelaki dalam diri seorang sahabat yang bergelar perempuan.

*Sikap gemar berjenaka dan mudah berlawak juga adalah bonus sekiranye menginginkan hubungan persahabatan itu berjalan dengan lancar.

*Sudah tentu lelaki juga tidak suka dengan sikap yang suka mengumpat. Jadi, elakkan daripada sifat negatif sebegini sekiranye kamu inginkan persahabatan kamu dengannya berhasil.

eira harap ape yang eira share share nie boleh digunakan...okeyla...MyEm0.Com
Thanks for Reading..:)

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected