~Tips Pemakanan Sihat~

  • Jangan makan dan minum sambil berdiri , berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk atau penggunaan ais sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan berkolesterol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minum minuman manis, mengandungi kafein dan gas. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang, dan lain-lain pada awal pagi.
  • Disyorkan makan nasi sekali sehari sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang daripada segi zat dan vitamin.
  • Biasakan makan makanan dan minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.


Thanks for Reading..:)

~Mutiara kata~


  • Tanda kebodohan itu adalah membuang-buang waktu, menunda-nunda taubat, bergantung kepada orang lain, derhaka kepada orang tua, dan menyebarkan rahsia orang lain.

  • "Mungkin tongkat dan batu itu mampu meremukkan tulang-tulangku, namun kata-kata tidak akan mampu melukaiku." - Sasterawan Amerika.

  • "Terimalah dengan penuh kerelaan dengan apa yang telah Allah berikan kepada mu, nescaya kamu menjadi manusia yang paling kaya."

  • Ketahuilah bahawa kesulitan dan kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa dan menambah pahala. Ujian itu akan mendekatkan jarak antara kita dengan Allah, akan mengajar bagaimana berdoa dan akan menghilangkan kesombongan, ujub dan rasa bangga diri.

  • "Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu)." - Surah Yusuf:12:53.

  • "Orang yang marah akan selalu memenuhi dirinya dengan racun." - Confusius. 

  • "Barang siapa tidur dengan dengan tenang di tempat tidurnya, sihat badannya dan cukup keperluan hariannya, maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya telah diperuntukkan untuknya." - Sabda Rasulullah S.A.W. 


Thanks for Reading..:)

~8 cara meluahkan isi hati~



Assalamualaikum...
hye sume...MyEm0.Com
pernah x korang suka kat seseorang tapi takut nak luahkan..
bukan ape takut bahasa yang digunakan nanti tidak kena gaya atau mengguriskan hati..
meh eira nak share cara untuk meluahkan isi hati ngn korang sume...
jangan takut untuk menerima kenyataan....
luahkan sahaja isi hatimu kepada si dia ok!!


PERTAMA
- Beristighfar dan berselawat ke atas Nabi agar dijauhkan daripada hasutan syaitan.

KEDUA
- Terlebih dahulu hendaklah meminta maaf jika ia melibatkan orang lain. Dan nyatakan, ini adalah luahan isi hati kamu.

KETIGA
- Boleh juga disampaikan dalam cara yang bersahaja, seolah-olah ia tidak serius. Tetapi bagi orang yang tidak mudah menangkap maksud, hendaklah disampaikan dalam bahasa yang lembut dan berterus terang (tidak berkias).

KEEMPAT
- Elok juga jika ada orang lain sebagai saksi, sekurang-kurangnya tidak timbul cerita lain di belakang kamu kelak. Tetapi pastikan, orang itu betul-betul boleh dipercayai. Bukannya si pembawa mulut.

KELIMA
- Persekitaran yang sesuai (bukan di khalayak ramai).

KEENAM
- Sentiasa mengawal emosi.

KETUJUH
- Ingat, perkara itu hanya berakhir setakat itu, jangan pula kamu hebah-hebahkan kepada orang lain.

KELAPAN
- Tidak dinafikan selepas berterus-terang, orang itu akan menjauhkan diri daripada kamu. Jangan biarkan perkara itu berlarutan kerana akan berlaku permusuhan pula. Jadi, andalah yang harus memainkan peranan kerana mungkin dia akan berasa malu dan rendah diri. Apabila bertemu, hendaklah sentiasa menegur atau memberi salam.
Thanks for Reading..:)

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected