~uniknye BERSIN~

...Assalamualaikum...MyEm0.Com
...eira nak share dengan kOrang sume tentang betapa uniknye BERSIN...
...nk tau kenapa??MySpace...
...jOm kita bace...MySpace

BERSIN merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudarat kepada otak demi menyihatkan anggota. Nabi Muhammad S.A.W menyaran kepada sesama muslim agar mendoakan kerahmatan terhadapnya dengan ucapan 'Alhamdulillah".
Antara adab ketika bersin ialah perlahankan suara, meletakkan tangan atau tisu atau sapu tangan di atas mulut dan hidung agar tidak terkeluar benda yang menjijikkan dan juga jangan memalingkan muka ke kiri dan kanan agar tidak memudaratkan orang sekitar. Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum menjawab bersin, namun pendapat yang dapat ditarjihkan dari semua pendapat tersebut ialah menjawab bersin itu fardu kifayah apabila ditujukan kepada orang ramai dan fardu ain apabila untuk individu.
Tahukah korang, apabila bersin, degupan jantung akan terhenti sedetik.... dan setelah anda yakin degupan anda masih terus berdegup, maka ucaplah 'Alhamdulillah' kerana anda masih hidup. Faedah bersin ialah dapat menghilangkan habuk-habuk, debu-debu, serta beberapa penyakit dan bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknye.
Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnye ialah apabila orang yang bersin mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnye hendaklah berkata 'Yarhamukallah' dan orang yang bersin itu menjawab semula 'Yahdikumullah wa yushlihabalakum'.


...MyEm0.Com...




Thanks for Reading..:)

0 comments:

Post a Comment

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected