~kelebihan perempuan bersahabat dengan lelaki~

...Assalamualaikum......hye sume...MyEm0.Com
eira nak share dengan korang sume berkaitan dengan title di atas...
arap sume enjoy...^_^

*Sikap lelaki yang gentleman tentunya menyenangkan pihak perempuan kerana si sahabat sedia menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

*Bukan sahaja bonus buat pihak perempuan, malah sahabat lelaki juga berpeluang bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain di samping mampu mendalami keperibadian serta sifat seorang perempuan dengan lebih mendalam lagi.

*Kamu dapat mengelak diri daripada terus bergosip bersama teman-teman perempuan yang lain. Sekiranya kamu bijak menggunakan kesempatan yang ada ini, kamu mampu memperoleh pengalaman serta pengetahuan yang lebih berguna daripada seorang 'LELAKI'.

*Sikap lelaki yang gemar melindungi juga mampu memberi kesan positif buat diri kamu. Kamu akan berasa lebih selamat sepanjang masa kerana ada individu yang melindungi kamu daripada sebarang 'gangguan' yang tidak diingini!(tiada lelaki lain yang boleh mengambil kesempatan ke atas diri kamu).

*Secara tidak langsung persahabatan itu juga mampu merubah keperibadian serta pemikiran kamu. Kamu pasti akan menjadi individu yang lebih tegas serta lasak kerana sedikit sebanyak pengaruh daripada si sahabat wujud dalam diri kamu. Tapi ingat, pastikan kamu mengikut sikap positif yang ada dalam diri sahabat kamu itu.

sekian, sampai di sini sahaje...MyEm0.Com

Thanks for Reading..:)

0 comments:

Post a Comment

Blog Design by ciK eiRa | copyright and protected