Selain mengambil air putih lapan gelas setiap hari, ada cara mudah untuk anda tetap awet muda. Menurut Helen Sher, seorang pakar kulit dari England yang diterbitkan di dalam majalah Natural Health, dengan membasuh muka dengan air suam 20 hingga 30 kali setiap pagi setelah bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur, kulit akan lebih bersih berseri dan awet muda. Pelembap kulit semulajadi ialah air, selain minum, basuhlah muka dengan air seberapa kerap yang boleh.
~makan nasi boleh tangani rasa marah~
Siapa sangka, dengan hanya memakan nasi, ianya mampu mengubah mood seseorang. Kandungan karbohidrat di dalamnya membantu membangkitkan perasaan 'senang' seseorang. Menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Archives of International Medicine membuktikan bahawa manusia yang menjalani diet rendah karbo selama setahun mendorong seseorang itu mengalami masalah kemurungan, kegelisahan dan mudah merasa marah.
~Khasiat epal menakjubkan!~
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Cornell University, sebiji epal sebenarnya hanya mengandungi jumlah vitamin C yang sedikit. Bagaimanapun, menikmati 100 gram epal setiap hari memberikan kita jumlah antioksidan yang sama nilainya dengan mengambil 1500 mg suplemen vitamin C.


